Tuesday 24 December 2013

Cara Semak Saman PDRM Melalui SMS

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)

Cara Senang Semak Saman Polis
Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui SMS.

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :

Cara #1 :
Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2 :
Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3:
Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

Sumber

Baru lepas semak, ada satu saman. Uwaa... Kena bayar sebelum 27-Dec-2013. Sebelum pegi recruit. Nasib baik Bukit Aman call suruh settlekan. Kalau tak, memang tak tau ada saman.

  • Kalau nak tahu detail saman, guna cara berikut :
    • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] [EMAIL] hantar kepada 32728
      Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 test@gmail.com hantar kepada 32728

No comments:

Post a Comment